Tulisan di bawah diterbitkan di blog Ustaz Othman Hamzah, Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor.
Untuk bacaan bersama.
KEMPEN BESAR-BESARAN PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM
Menghadiri Seminar “Emas dan dinar sebagai pelindung kekayaan semalam dapat memberi ilmu dan semangat baru kepada para pendokong Emas dan Perak . Beberapa perkara yang menjadi tumpuan seminar:
1- Fiat money adalah sistem kewangan dunia yang tidak ada sandarannya. Sesebuah Negara boleh mencetak wang sesuka hatinya. Secara jangka panjang ini akan membawa kepada hyperinflasi. Siapakah yang boleh menghalang pencetakan ini.
2- Walaupun sistem fiat money yang dimulakan oleh Amerika dan kekuatannya telah menjunam, tetapi kelemahan dan jiwa hamba negara-negara lain menyebabkan mereka tidak boleh memisahkan diri dari sistem fiat money ini.
3- Sistem Bank merangkumi juga amalan diperbankan Islam akan meneruskan sistem Riba yang diharamkan Allah juga merupakan pengumuman berperang dengan Allah. Pinjam seratus bayar dua ratus tidakkah riba nasiah (riba kerana bertangguh).
4- Sistem ini adalah satu penipuan yang dilakukan kepada rakyat. Rakyat menyimpan satu jumlah tertentu. Bank atau Negara mencetak sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut.
5- Meng”Islamkan” satu sistem yang orientasinya tidak islamik hanyalah penjenamaan istilah sahaja, analoginya seperti “Khinzir” yang cuba dihalalkan dengan sembelihan Syar’ie atau seperti mengislamikkan beer dan sebagainya.
6- Sistem Islami mestilah diamalkan menolak sistem-sistem yang diwujudkan ini. Ia bukan sistem baru. Tapi sistem Islam yang asal.
7- Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah sistem kewangan sejak zaman Rasul s.a.w. Ia sistem Sunni. Penggunaannya dalam muamalah seharian , sewaaan, gadaian, pinjaman bebas dari unsur Riba.
8- Sebagai perbandingan seseorang yang meminjam RM 1,000 . Dalam sistem wang kertas membayarnya RM seratus sebulan selama sepuluh kali, dirasakan merugikan pemberi pinjam. Ini kerana wang kertas susut nilai. Sebaliknya seseorang yang meminjam RM 10 dinar.
Peminjam membayarnya satu dinar- satu dinar sepuluh kali, pemberi pinjam tidak akan merasa kerugian kerana emas semakin lambat dibayar nilainya bertambah.
9- Oleh itu, memiliki Dinar dan dirham bukan sekadar untuk disimpan, tetapi dialirkan dalam muamalah seharian seperti : dalam jual beli, sewa menyewa, pinjaman dan gadaian.
10- Sebagai momentum perubahan saya menyeru premis-premis perniagaan menerima Dinar dan Dirham dalam perniagaan mereka.
Sebagai contoh barangan yang berjumalah RM 40.00 boleh dibayar dengan 2 Dirham, barangan yang bernilai seratus boleh dibayar dengan harga 5 Dirham, barangan yang bernilai RM 200 bolehlah dibayar dengan 10 Dirham dan seterusnya mengikut nilai dirham harian. Begitu jugalah dalam pengamalan dinar.
11. Para peniaga boleh merujuk (Islamic mint.com) dan memaparkan harga dinar dan dirham secara harian kerana nilai dinar dan dirham berubah setiap 12 tengah malam.
Harga Dinar dan Dirham Kelantan untuk 5 Dis adalah seperti berikut:
Kelantan Dinar & Dirham
1/2 Dinar :: RM 336.5
1 Dinar :: RM 673
2 Dinar :: RM 1 346
5 Dinar :: RM 3 365
8 Dinar :: RM 5 384
1 Dirham :: RM 20
2 Dirham :: RM 40
5 Dirham :: RM 100
10 Dirham :: RM 200
20 Dirham :: RM 400
Sementara harga Dinar Public Gold berubah setiap 20 minit sekali, maka hendaklah dirujuk setiap kali melakukan muamalah dengannya. Sebagai contoh ketika post ini ditulis seperti berikut:
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 666.00 RM 626.00
5 dinar RM 3313.00 RM 3131.00
10 dinar RM 6597.00 RM 6267.00
12- Sebagai permulaan saya menyeru setiap rumah sekurang-kurangnya memiliki 1 Dinar dan Dirham yang bernilai sepuluh dirham. Kemudian gunakanlah ia dalam muamalat harian.
12- Perjuangan mengajak kepada penggunaan Dinar dan Perak adalah juga perjuangan menobatkan Syariat, seterusnya menghancurkan sistem kapitalis yang zalim.
No comments:
Post a Comment
I thank you for leaving comments to my blog. Feel free to browse again at the latest topics.