Adopted article from Shufaad at www.Shufaad.com
Bukit Katil, Melaka – Semasa saya membuat kelas Analisis Teknikal di Sg Petani tempoh hari, antara soalan yang di tanya ialah “dah beli emas banyak-banyak ni, nak simpan sampai bile?”
OK. Mari kita pecahkan soalan ini kepada beberapa komponen penting.
1. Dah beli emas
Pertama sekali, TAHNIAH kepada mereka yang telah membeli emas. Terutamanya emas dari Public Gold (PG). Bagi yang belum memiliki emas PG, boleh lah start membeli nya sekarang. PG dah ada cawangan di serata Malaysia. Mudah nak beli. Yang sebelum ni banyak beli barang kemas, apa kata anda convert sikit emas tu ke emas pelaburan PG. Tunggu program X-Plan di buka semula, bawak emas anda ke cawangan PG yang berdekatan, pastu tukar ke emas PG. Mudah kan?
Bagi yang masih baru tentang emas, nanti boleh lah datang ke seminar saya. Insyaallah bulan 5 ni, Kenneth yang hensem dah aturkan jadual untuk saya bagi seminar berkaitan perniagaan emas PG. Sebelum ni kan saya selalu follow sahabat saya, Shukor Hashim. Bulan 5 ni Batman nak berehat. Asyik keluar malam jek….ni bagi can kat Robin lak .
2. Banyak-banyak ni
Perkataan “Banyak” ni agak subjektif jugak. Bagi mereka yang belum menjadi dealer, dengar jek modal nak jadik dealer kena ada Rm20K, terus terpikir soalan ni “Ishh, kat mana aku nak simpan emas banyak-banyak ni?”. Apa kata saya tolong anda buat kira-kira sikit. Maksudnya dengan Rm20K, apa sebenarnya yang anda boleh dapat.
So benda pertama yang saya nak buat ialah meng copy paste kan harga emas sekarang.
Bermodalkan RM20K, anda boleh membuat kombinasi seperti ini:
- 100 gram Gold Bar x 1 unit, 10 gram Gold Bar x 1 unit dan 1 Dinar x 1 unit. Jumlah RM20,311 + RM40 (transport fee) = RM20,351. Berapa ketul dapat? 3 je kan. Atau pun begini,
- 50 gram Gold Bar x 1, 20 gram Gold Bar x 1, 10 gram gold bar x 4, 1 dinar x 1. Jumlah RM20487 + RM70 = RM20,557. Yang ni boleh dapat 7 ketul
Dua pilihan di atas adalah yang biasa saya buatkan untuk dealer saya. 10 gram dan 20 gram tu yang paling senang di jual. 1 dinar tu fungsinya adalah untuk genapkan amaun RM20K tu. Namun demikian ada juga dealer saya yang sangat minat dengan dinar. Ada……. ha..macam ni kira-kiranya;
- 10 Dinar x 2, 5 Dinar x 1, 2 Dinar x 1 dan 1 Dinar x 1. Jumlah RM20,439. Dapat la 5 ketul. Kalau nak banyak, buat macam ni,
- 1 Dinar x 28 unit = RM20,580. Ha….ni baru banyak!!
Apa kelebihan membeli Dinar ni? Yang pertamanya, dinar takde transport fee. So banyak la jugak kita boleh jimat. Yang kedua nya, spread (beza antara harga beli dan jual) bagi dinar adalah dari 5% – 6%. Contoh kalau anda beli 10 dinar seketul. Harga baru RM7287. Spread 5% je. Kalau gold bar, produk yang ada spread 5% tu cume 100 gram je. Harga? RM17766. Punya banyak beza tu….Jadi bagi sape yang nak untung cepat atau teringin nak bermain ala-ala spekulatif, boleh la try beli 10 dinar.
3. Nak simpan
Ha…ni pon soalan wajib gak ni. Ramai orang yang saya jumpa, risau, tak tau nak simpan emas kat mana. Kalau beli barang kemas, boleh la bagi bini pakai. (Tapi kalau dah banyak, pandai la pulak simpan kan). Kalau dah beli Gold Bar, takkan nak gantung kat leher? Tak logik, tak logik…
Baiklah. Ada beberapa tempat yang boleh saya cadangkan.
- Dalam freezer, bawah ikan kembung. —-> Kena pastikan anda dah keluarkan sijil die dulu. Kalau tak, ada cop no siri kat ikan tu.
- Bungkus dalam plastik, letak dalam tempat flush jamban —-> Saya ulangi, tempat flush jamban. Bukan dalam lubang jamban.
- Dalam wall plug. ——> Ambik soletip kaler kuning, buat tanda pangkah. Tulis ROSAK.
- Kat peti safe deposit, sama ada kat bank ataupun yang swasta punye. Ambik yang besar sekali, boleh letak laptop dengan ikan kembung tu sekali.
- Kat Public Safe, Public Gold punye tempat simpan emas dan perak. Yang ni dah nak siap ni. Nanti boleh telefon Kenneth. Tanya harga safe box ni. Dia yang paling hensem kat PG.
4. Sampai bila?
Soalan terakhir ni boleh di jawab dengan menggunakan 2 pendekatan.
- Tidak teknikal
- Teknikal.
Saya mula kan dengan pendekatan tidak teknikal.
Bagi mereka yang telah memiliki emas, banyak pulak tu, dah simpan baik-baik, sekarang sampai masa nak jual. Ye lah, tak kan nak simpan mati. Kita bukan Firaun. Takde nya masa mati nanti orang tanam kan kita dengan emas tu. Jadi apa pilihan yang kita ada?
- Kalau anda dah daftar nak pergi haji, jual lah emas tersebut untuk bayar kos pergi haji. Kalau umrah pon sama jugak. Jual je. Tak yah nak sayang-sayang. Harta dunia tu. Nanti tuhan bagi lebih.
- Kalau anda dah setkan nak bagi kat anak-anak masa dieorang nak sambung belajar nanti. Contohnya, setiap kali besday anak anda, anda belikan 1 Dinar. Genap umur dia 18 tahun, nak masuk universiti, dia dah ada 18 Dinar. 1 Dinar = 4.25 gram x 18 unit = 76.5 gram emas 916. Masa tu tak tau la 1 gram emas berapa hengget….
- Kalau anda dah terdesak nak pakai duit. Ahli keluarga masuk hospital ke, nak bayar hutang yang dah tertunggak 10 tahun ke,atau apa saja situasi kritikal. Jual saja. Nak pajak boleh jugak, tapi kalau dah banyak, tak salah rasanya kalau anda jual sebahagian tu.
- Kalau dah sampai Anniversary perkahwinan anda yang ke 50. Dah janji dengan hubby/sweetie nak bawak ke Paris, London, Milan dan yang sewaktu dengan nya, jual lah. Kalau setakat nak pergi South Africa, tak payah lah…kita pulun jual emas banyak-banyak tahun ni, nanti PG hantar g sana,FREE!!!.
Secara teknikal nya, anda juga perlu menjual emas tersebut. Cuma, kalau anda nak lebih untung, jual lah kat pelanggan pada harga PG Beli. Saya bagi contoh, katakanlah anda beli emas 100 gram Gold Bar pada harga RM17766. Harga di dalam USD ialah 1642.40.
Soalan nya ialah, pada harga berapa yang anda boleh untung?
Katakan lah dengan menggunakan pengetahuan teknikal yang anda ada, anda ingin jual emas tersebut ketika harga emas mencecah psycho level $1700 berdasarkan kepada graf di bawah.
Sekarang ni, apa kata anda saya gunakan kalkulator ajaib saya untuk mengira potensi keuntungan anda;
Anda hanya akan untung jika anda menjual kepada pelanggan sahaja. Jika anda jual kepada PG, anda akan rugi sebanyak RM265.02 sebab spread tak lepas lagi. Sekarang, katakan lah anda menjual pada garisan resistance $1763. Berapa yang anda boleh untung?
Nah, dengan 100 gram Gold Bar yang anda beli tadi, anda sudah pun membuat keuntungan sebanyak RM346.15 jika anda menjual semula kepada PG dan RM1205.39 jika anda menjual terus kepada pelanggan. Mudah kan?
No comments:
Post a Comment
I thank you for leaving comments to my blog. Feel free to browse again at the latest topics.